MINGGU 10 : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu
P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada
murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang
dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu
berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam
pengajaran Kemahiran Bahasa.
MENENTUKAN PERINGKAT PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
Sebelum
membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu,
terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan
tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
Penentuan peringkat pengajaran
- Peringkat pengajaran bermaksud
penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan
video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan
bahan video dan audio.
- Peringkat pengajaran boleh
dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:
Sekiranya
penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan
guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam
kelas.
Kemahiran Berbahasa
Seperti
yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran
dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis.
Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu
mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan
audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada
sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru
tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantú mengajar pada
hari itu kerana ianya tidak relevan.
MENENTUKAN PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN
AUDIO
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip
penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau
teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan
animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses
komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio:
Penggunaan elemen teks
Dalam
menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam
proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen
media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini
bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
- Pastikan teks yang digunakan
ringkas tetapi padat.
- Gunakan
typeface dan fon yang bersesuaian.
- Pastikan
teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
- Pemilihan
jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid)
dan suasana persembahan.
- Pastikan
fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik
merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak
bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan
sebagainya.
- Grafik merupakan elemen
multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses
penyampaian maklumat.
- Sebagai contoh sekiranya maklumat
padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu
maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh
memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen audio
- Audio atau
bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan
muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk
membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan
suara latar atau kesan audio istimewa.
- Penggunaan
audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi
membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran
kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan
menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa
yang ingin dipersembahkan
Panduan meggunakan elemen video
- Video merupakan antara elemen multimedia yang
dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia
lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan
maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih
nyata.
Panduan menggunakan elemen animasi
- Animasi merujuk kepada suatu proses
menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak
kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan
yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran
Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan
berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian,
disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan
perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
- Animasi
mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik
bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep
atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar
dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi
boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk
menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh
disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi
Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:
(i) Membina bahan video
Langkah 1 & 2
Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan
audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang
dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio
untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.